Kesan tompok hitam pada kulit, jeragat atau pigmentasi merupakan salah
satu musuh utama wanita selepas kedutan. Walaupun pada kebiasaannya jeragat
mula menyerang kulit wajah seseorang sekitar usia 30 hingga 45 tahun, kajian
telah membuktikan yang pigmentasi boleh mula timbul seawal usia 16 tahun dan
bilangannya bertambah selari dengan usia.

Sebab Berlakunya Pigmentasi
Lelaki lebih
bernasib baik kerana kurang terdedah kepada masalah ini kerana hormon semula
jadi yang ada pada mereka. Begitu juga dengan mereka yang berkulit agak gelap
kerana ketiadaan melasma pada kulit. Wanita Asia yang tinggal di negara
bercuaca tropika lebih terdedah kepada risiko pigmentasi kerana pancaran
matahari yang mengandungi ultra ungu.
Menurut pakar
kulit, pigmentasi terbentuk akibat aktiviti melasma berpunca daripada tindakan
hormon yang merangsang sel melanin pada kulit. Selain hormon, faktor genetik
juga mempengaruhi masalah itu. Pigmentasi mula terbentuk di dalam kulit sejak
zaman kanak-kanak lagi. Cahaya matahari mengaktifkan melasma dan sekiranya
seseorang itu kerap berjemur, ia akan mempercepatkan kemunculan pigmen pada
kulit wajah.
Wanita
mengandung dan yang baru melahirkan anak juga terdedah kepada kewujudan jeragat
pada kulit kerana perubahan hormon yang dialami. Begitu juga dengan wanita yang
mengamalkan pil kontraseptif, potensi untuk kulit mereka berjeragat adalah
lebih tinggi daripada wanita biasa.
Ada yang mengatakan pigmentasi tidak dapat dirawat sepenuhnya,
hanya dapat mengurangkan sedikit kesan tompok hitam yang ada pada wajah. Oleh
itu pencegahan awal adalah sangat digalakkan.
1. Gunakan pelembap wajah yang mengandungi SPF. Lebih baik
sekiranya ia disapu pada wajah tiga jam sekali. Pilih krim UV berdasarkan
kecerahan kulit. Sekiranya anda berkulit cerah, pilih krim yang mempunyai
kandungan SPF yang lebih tinggi seperti SPF 30 atau SPF 50.
2. Bawa payung setiap hari, bukan sahaja untuk melindungi anda
daripada hujan, tetapi juga untuk melindungi kulit anda daripada pancaran
matahari.
3. Amalkan gaya hidup sihat walaupun ketika muda remaja. Minum
sekurang-kurangnya 1.5 liter air sehari, gunakan produk kulit dan alat solek
yang sesuai dengan anda, jangan merokok dan amalkan diet yang seimbang.
4. Hati-hati ketika membeli ubat. Dapatkan maklumat lanjut daripada
ahli farmasi kerana sesetengah ubat boleh menggalakkan pigmentasi pada kulit.
Sekiranya sudah terlambat…
Mereka yang
berkemampuan memilih rawatan laser untuk merawat pigmentasi tetapi kesannya
tidak lama dan ia akan menipiskan kulit dalam jangka masa panjang. Sesetengah
produk pemutihan berkesan mengurangkan jeragat pada wajah tetapi ada juga yang
memberikan kesan pencerahan yang tidak sekata. Di sini kami senaraikan beberapa
cara rawatan semula jadi sebagai alternatif untuk anda.
PRODUK MESTI CUBA UNTUK RAWATAN PIGMENTASI:
![]() |
Beutskin Essence dan SNE Kapsul |
1. Lenyekkan isi buah
avokado, ambil jusnya dan sapukan pada pigmentasi pada kulit wajah anda.
2. Sapukan cocoa
butter pada jeragat dan urutkannya. Lakukannya dua sehingga tiga kali
seminggu.
3. Campurkan jus limau kasturi dengan madu, sapukan pada wajah dan
biarkannya selama sepuluh minit.
4. Lenyek kentang mentah untuk mendapatkan jusnya. Sapukan ia pada
kawasan yang berjeragat.
![]() |
Dinna Beauty
dinnabeauty.blogspot.com
012-7824281
|
Sands Casino & Resort
ReplyDeleteAt Sands Casino & Resort, you'll kadangpintar find an endless array septcasino of table games and more. Whether 1xbet you are a novice player or a seasoned veteran, the sands casino experience