Saturday 1 June 2013

AWAS: KELEMAHAN PRODUK-PRODUK PEMUTIH DI PASARAN!!

Pernahkan anda mendengar atau terbaca tentang berita mengenai wanita yang mengalami iritasi atau kesan daripada penggunaan produk yang dikatakan dapat membantu mereka memiliki kulit yang LEBIH PUTIH?

Saban hari, ada sahaja berita tentang produk-produk kecantikan di luar sana yang mengatakan bahawa produk-produk mereka dapat memutihkan kulit. Namun, adakah benar semua produk tersebut mampu membantu para wanita untuk mendapatkan kulit yang lebih putih?



PERINGATAN DARI PARA PAKAR TENTANG PRODUK-PRODUK PEMUTIH YANG TERDAPAT DI PASARAN:

Produk pemutih yang bertindak dengan pantas
Secara amnya, produk-produk ini mengandungi agen pengelupas kulit yang bertindak dengan menanggalkan lapisan atas kulit dengan serta merta agar kulit tampak putih berseri. Namun begitu, ia juga akan merosakkan dan menipiskan lapisan keratin kulit, seterusnya menyebabkan kulit menjadi sensitif. Apabila struktur kulit terjejas, ia kan berubah menjadi lebih gelap dengan pigmentasi yang kembali berulang dan kedutan yang semakin bertambah. Ini lazimnya terjadi akibat pengumpalan bahan-bahan berbahaya dalam produk-produk pemuih tersebut pada kulit dan sistem saraf, contohnya bahan-bahan kimia seperti plumbum, raksa dan sebagainya yang bertindak dengan merencatkan penghasilan melanin untuk sementara waktu sahaja bagi memutihkan kulit. Namun, dengan penggunaan yang kerap dan berterusan, bahan-bahan berbahaya ini akan memudaratkan kesihatan dan juga mengakibatkan penuaan pramatang. Dalam Kes yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan kanser kulit.

Rawatan pembaharuan semula kulit dengan AHA bagi memnutihkan dan menghilangkan tompok-tompok
Rawatan pembaharuan semula kulit dengan AHA berupaya menghilangkan pigmentasi pada lapisan epidermis untuk mencerahkan kulit. Namun, ia tidak berkesan untuk pigmentasi yang terletak pada lapisan kulit yang lebih dalam (lapisan basal) atau lapisan dermis kulit. Selain itu, asid hidroksi alfa berkepekatan tinggi juga akan merosakkan lapisan permukaan kulit, mengurangkan ketahanan kulit dengan ketara dan menyebabkan kulit mengalami penyahhidratan yang serius. Akibatnya, kulit menjadi lebih sensitif serta bertompok-tompok dan proses penuaan semakin menular.

Pemutihan dan penghapusan tompok dengan suntikan
Pemutihan dan penghapusan tompok-tompok dengan suntikan adalah salah satu kaedah untuk mencantikkan dan menghilangkan tompok-tompok yang sangat popular di peringkat antarabangsa dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terutamanya di Jepun dan Korea. Walau bagaimananpun, ia sangat mahal dan suntikan perlu dilakukakan berulangkali setiap tahun dan biasanya menelan belanja antara RM10,000 hingga RM100,000 ke atas. Walaupun ia memberikan kesan yang menakjubkan dengan menambahkan semula khasiat yang diperlukan oleh tubuh, ia juga berupaya menghalang fungsi-fungsi pemulihan semula jadi tubuh. Proses penuaan menjadi lebih pantas sebaik sahaja rawatan diberhentikan.

Laser Fototerapi
Laser Fototerapi boleh mengurangkan melanin pada permukaan atau lapisan kulit yang lebih dalam atau mengelakkan melanin daripada meresap ke permukaan atas kulit untuk mencerahkan dan menghilangkan tompok-tompok. Walau bagaimanapun, ia tidak akan mengatasi masalah sebenarnya yang menjejaskan fungsi tubuh dan ia juga tidak dapat menghentikan penghasilan dan peresapan melanin dalam lapisan bawah kulit. Oleh itu, laser fototerapi perlu dijalankan untuk jangka masa yang panjang kerana tompok-tompok itu akan muncul semula sebaik sahaja rawatan dihentikan.

Kesimpulannya, jangan sampai keinginan diri anda untuk menjadi lebih cantik dan putih menjadi malapetaka dalam hidup anda. Pilihlah produk-produk berasaskan alam semulajadi yang dijamin tidak akan memberikan kesan sampingan kepada anda.

Apa yang perlu anda ketahui ialah menjadikan kulit lebih putih itu memerlukan proses dan prosesnya mengambil masa antara 1 hingga 6 bulan bergantung kepada keadaan badan dan sistem badan seseorang individu.

Dibawakan oleh,

www.facebook.com/dinnabeauty
dinnabeauty.blogspot.com
012-7824281


No comments:

Post a Comment